Pelabuhan Darat Perlis Pacu Dagangan Rentas Sempadan, Pemulihan Sosioekonomi
Pelabuhan Darat Perlis Pacu Dagangan Rentas Sempadan, Pemulihan Sosioekonomi
KANGAR, 27 Jan — Pembangunan Pelabuhan Darat Perlis (PIP) berserta kedudukan geografi negeri itu yang berhampiran dengan sempadan, dijangka dapat memacu peningkatan perdagangan rentas sempadan antara Malaysia dan Thailand, kata Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
Dalam kenyataan hari ini, NCER berkata pembangunan pelabuhan itu oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) juga secara langsung dapat menjadi pemangkin peralihan Perlis daripada sebuah negeri berasaskan pertanian kepada ekonomi sempadan selain melonjakkan pemulihan sosioekonomi di negeri itu.