Objektif Tabung

Platform kolaborasi di antara sektor swasta dan sektor awam melalui Kerjasama Awam Swasta (PPP) yang mengumpul sumbangan berkaitan tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada sektor swasta.

Dana akan digunakan untuk program berkaitan dengan pembangunan dan peningkatan status sosioekonomi di wilayah NCER termasuk pembangunan modal insan, pembangunan infrastruktur, ekosistem dan komuniti.
 

Program Akademik untuk murid golongan rentan dan Orang Asli
Projek Pembangunan Komuniti, Infrastruktur dan Ekosistem
Program Pembangunan Bakat

Program NCIA YANG DIBIAYAI

Pembangunan Bakat

 

  • empower NCER
  •  

Akademik

 

empower NCER

Pembangunan Projek Komuniti,
Infrastruktur dan Ekosistem

 

empower NCER

Manfaat Kepada Penyumbang

Tanggungjawab sosial korporat (CSR)
01

Tanggungjawab sosial korporat (CSR)

Kepentingan bersama dalam membangunkan bakat tenaga kerja mahir dan separa mahir, akademik, pelajar-pelajar miskin yang ketinggalan, latihan kemahiran kepada ketua isi rumah miskin untuk menambah pendapatan. 

infrastructure
02

Menyumbang kepada SDG & ESG

Adaptasi SDG & ESG sebagai objektif dan kepentingan bersama yang mematuhi keperluan "Sustainable Development" syarikat-syarikat.

a person counting tax
03

Mendapat potongan cukai

Layak mendapat potongan cukai di bawah Seksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Soalan Lazim

SoalanJawapan
Siapa yang mengelolakan Tabung?Tabung akan dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara.
Apakah tujuan dan fungsi Tabung?Berperanan untuk menyediakan bantuan kepada komuniti yang disasar melalui program berstruktur NCER selaras dengan aspirasi dan dasar negara.
Siapa penerima manfaat?Komuniti terpinggir di NCER – Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Siapa yang boleh menyumbang?Terbuka kepada semua jenis organisasi yang berdaftar. Syarikat tempatan dan antarabangsa, badan bukan kerajaan, yayasan, perusahaan sosial, agensi kerajaan dan pusat zakat.
Kenapa kita perlu menyumbang?Bagi memenuhi tanggungjawab CSR/SDG/ESG organisasi dan/atau untuk penjenamaan syarikat. Membentuk Kerjasama dalam mengumpul sumber untuk mencapai impak yang lebih besar kepada masyarakat dan sosioekonomi.
Bagaimana untuk menyumbang / terlibat?Hanya perlu mengisi borang di laman sesawang Tabung Dana Pembangunan Modal Insan NCER.
Bagaimana untuk membuat bayaran/sumbangan?
  • Menerusi pindahan digital ke Akaun Bank Tabung Dana Pembangunan Modal Insan NCER 
  • Menerusi cek berbayar ke Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara
Berapa nilai sumbangan?Tidak kurang daripada RM1,000.
Jenis sumbangan?Tunai.
Bolehkah saya dapatkan manfaat cukai?Boleh. Semua jenis sumbangan tunai layak untuk mendapat manfaat cukai di bawah S.44(11C) Cukai Pendapatan 1967– potongan cukai.
Siapa perlu saya hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tabung?Anda boleh hubungi urus setia Tabung Dana Pembangunan Modal Insan NCER.

e-mel: secretariattabungdpmi@ncer.com.my

BORANG TUNJUK NIAT UNTUK SUMBANGAN CSR

Anda boleh membuat sumbangan dengan mengisi borang dalam atas talian dan pembayaran melalui pindahan bank atau cek kepada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara dengan melayari laman sesawang Tabung DPMI atau mengimbas kod QR:

 

qr code


 

Penafian

 

  • Penyumbang tidak pada bila-bila masa dilanggar atau melanggar mana-mana undang-undang yang telahdikuat kuasa di Malaysia dan/ atau negara asal, khususnya berkaitan anti-rasuah dan pengubahan wang haram.
     
  • Penyumbang sama ada secara langsung atau tidak langsung tidak akan terlibat dalam atau membabitkan diri penyumbang dalam sebarang aktiviti rasuah dengan mana-mana pihakberkenaan urusan sumbangan ini.

MAKLUMAT URUSETIA TABUNG DAN BANK

Sekretariat Tabung Dana Pembangunan Modal Insan NCER Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA)
 

No. 1114, Jalan Perindustrian Bukit Minyak 18, Penang Science Park, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang, Malaysia.

ready to invest

READY TO INVEST?

Explore investment opportunities with us. Get in touch to learn more.

 

Contact Us

unlock the future

unlock the future

Explore what NCER has to offer and be part of the narrative that propels us forward.

 

View Reports